Tuesday, October 23, 2012

MEMANCING UDANG DI KUALA SELANGOR


Kalau nak ke Kuala Selangor ini eloklah ikut jalan lama kecualilah kalau pergi ke sana atas tujuan tugas-tugas yang perlu disiapkan segera. Dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor  melalui Lebuhraya Persekutuan,Klang Sentral,Meru,Kapar, dan seterusnya Kuala Selangor. Kita boleh bermalam di Hotel Sun Inns di Kuala Selangor atau Hotel YH. Di sini Hotelnya selesa dan mudah untuk kita mengatur perjalanan memancing di sekitar Sabak Bernam hingga Kuala Selangor.
Udang Galah Kolam

Lebuhraya yang menghala ke sini ialah Lebuhraya Latar. Kita boleh sampai ke lebuhraya ini melalui Lebuhraya yang melalui Bukit Jelutong ke Kuala Selangor.

Di Kuala Selangor ada 3 kedai kolam pancing udang galah. Satu kolam yang dekat dataran sebelah sungai yang menghala Kuala Selangor.Kolam ini telah di tutup beberapa bulan lepas.

KOLAM PANCING UDANG GALAH KS
Kedai Kolam Pancing Udang Galah KS berada di baris kedai ditepi jalan lurus di sebelah Tesco Kuala Selangor iaitu di belakang plaza lima tingkat. Di sini udangnya tak banyak. Kebanyakan udangnya kecil-kecil.
Kolam Udang KS di belakang Tesco Kuala Selangor

Udang kecil

Saya tak pasti apa fungsinya ‘bubble’ yang dipasang dengan banyaknya dan diletakkan pada kadar kuasa maksimum. Penggunaan bubble sepatutnya cukup sekadar membuatkan peredaran oksigen berlaku dan memberi gerakan setara pada jisim air yang tak mengalir itu. Udang juga perlu ruang untuk dia bergerak ke sana dan ke sini di kawasan yang kurang impaknya di dalam air. Kalau bubble kuat sangat,susah nak pancing kalau pemancing menggunakan pelampung. Udang pun susah nak kejar umpan. Saya pula suka pakai pelampung kalau pancing di kolam kedai sebab kita akan rasa ‘relax’ dan selesa dengan hanya menunggu pelampung tenggelam saja untuk pastikan udang makan umpan.  

Kedai ini ada Jackpot bulanan bagi pemancing yang berjaya mengangkat udang yang paling berat. Di sini 1 jam 13 ringgit,2 jam RM24, 3 jam RM33 dan 5 jam RM50 bagi bayaran pancingnya. Tak perlu bayar untu joran dan umpun-umpun RM 1 untuk jam pertama.
Papan putih Jackpot

Di sebelah kedai ini ada restoran masakan kampung. Kalau lapar boleh pergi sebelah sahaja.

Bagi saya kedai ini perlu memperbaiki kelemahannya dalam mengekalkan pelanggannya yang datang ke sini. Sememangnya kos udang galah hidup agak mahal sekarang. Tapi ‘survival’ perniagaan perlu di pertahankan. Bila banyak kedai pancing udang galah ditutup, maka kedai yang tinggal akan memonopoli perniagaan ini. Survival kedai sangat bergantung kepada pemancing-pemancing yang datang bukan kos udang galah itu

KOLAM PANCING UDANG GALAH SASARAN

Kolam ini sebenarnya berada di jalan Sungai Buloh ke jalan Bukit Rotan. Sekiranya keluar dari lebuhraya LATAR, jalan terus hingga ke simpang tiga yang berdekatan dengan jalan ke Kuala Selangor. Pusing ke arah Kapar atau Klang melalui jalan Sungai Buloh.

Di sebelah kiri kedai ini ada kedai jual peralatan pancing dan kedai Cornish. Di sebelah kinannya ada kedai alatganti kenderaan.
Kedai Aquarium yang jual peralatan pancing di jalan Sg Buloh  bersebelahan dengan kedai  Pancing Udang Galah  Sasaran

Kolam udang ini agak besar sedikit berbanding kolam udang KS. Udangnya agak banyak juga di sini. Setiap 2 jam udang dimasukkan. Udang ‘Jackpot’ pula di masukkan 3 jam sekali.

Sejam di sini RM13, 2 jam RM24, 3 jam RM33 dan 5 jam RM50. Tambahan RM 3 untuk pakai joran kedai. Umpun-umpun dikenakan caj RM 1 untuk setiap potongan 30mm. Makanan seperti mee segera dan air ada dijual di sini.

Senarai Harga...Oops! Seranai Harga?

Oleh kerana kolamnya agak luas. Saya agak mungkin udang berada di bucu-bucu kolam. Isteri saya lebih suka memancing secara santai dengan memilih joran yang panjang dan meletakkan umpan di hujung dinding kolam dan diseret hingga ke tengah.

Scan Kolam dengan Teknik Tajau
Saya memilih untuk gunakan Teknik Tajau dulu untuk mengenalpasti lubuk sebuah kolam pancing berbayar. Teknik ini tidak berkesan ke atas sungai yang mengalir deras sebab mata kail akan dipukul arus laju. Tajau sebenarnya adalah teknik tradisi yang digunakan untuk menangkap ikan haruan semasa era joran buluh dulu-dulu. Caranya, mata kail dan umpan di seret zig-zag atau lurus secara perlahan. Bagi kolam udang, mata kail kena betul-betul sampai dasar. Kalau boleh jangan pakai pelampung sebab pelampung akan menggerakkan perambut dengan ketara sekali. Bila tajauan kita melalui tempat di mana udang berkumpul, satu regangan dan gegaran seperti seretan yang berat terasa ditangan. Jika tajauan terhenti atau ada tarikan berat,biasanya udang galah akan menyepit mata kail atau memakan umpan yang melaluinya. Sentaplah tunggu apa lagi.
Adik ni menang Jackpot untuk Oktober!

Bila sudah tahu lokasi udang, pancinglah di situ. Kalau boleh,cukuplah sekadar tajau sekitar 3 kaki persegi kolam. Janganlah sampai satu kolam pula. Teknik ini juga boleh digunakan bila sudah setengah jam hingga sejam pancing, udang tak naik-naik lagi.

Sebaik-baik teknik, rezeki itu hanya Allah SWT yang beri.

Di kolam pancing ini, udangnya agak sederhana. Memancing 2 jam boleh dapat lebih kurang sekilo juga di sini. Rezeki Allah SWT yang beri, syukur Alhamdulillh saya dan isteri dapat 60 ekor lebih. 3 ekor udang jackpot kami dapat.

Jackpot

Jackpot Kolam Pancing Udang Galah Sasaran ini berlangsung hingga 10 November 2012. Hadiah-hadiah di sampaikan kepada pemancing udang Jackpot Terberat sekali. Semasa saya pergi hari itu, udang terberat ialah 172g seekor. 10 pemancing sahaja yang akan terima hadiah. Hadiah-hadiahnya ialah LCD TV Regza, Basikal Mountain Bike Lerun, joran pancing udang dan blender.

Untuk ke kolam udang ini boleh hubungi:

Ah Xiang :017-693 8157 atau 012-3261 345

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment