Tuesday, October 23, 2012

ISLAM AGAMA YANG BENAR



Tulisan Khat Allah SWT


Nyawa adalah rezeki yang ALLAH SWT berikan kepada kita. Sebagai manusia, jauh sekali tak pernah terlintas di hati ini semasa muda remaja bahawa setiap hari ALLAH SWT ada memberikan rezeki kepada saya. Dulu istilah rezeki bagi saya ialah makanan dan duit. Kini setelah dewasa dan banyak pengalaman yang dilalui, kini saya faham apa maksud rezeki dengan lebih luas.

KUASA ALLAH SWT YANG ESA


Kuasa ALLAH SWT mencakupi semua perkara dalam kehidupan manusia. Ini semua termasuk gerakan badan kita,oksigen yang kita sedut, bau busuk di dalam bilik air, hujan yang turun,jantung yang berdenyut di dalam dada kita dan terlalu banyak yang nak diperkatakan lagi. Ilmu ALLAH SWT mencakupi melebihi galaksi yang luas. Kenapa ada manusia yang berani melakukan dosa di tempat tersembunyi atau melakukan jenayah senyap? Tak takut dengan ALLAH SWT? Jangan derhaka dengan Allah SWT nanti bala yang datang.

SIAPA SAYA?

Saya bukanlah ustaz atau pendakwah. Saya cuma penganut Islam yang biasa. Tiada kelulusan dalam bidang agama atau seumpamanya. Saya dulu seorang budak nakal yang tiada halatuju keagamaan. Hari ini hati saya terdetik mengenal ALLAH SWT dan RasulNya kerana saya sedar bahawa saya tiada apa-apa,hanya hamba ALLAH SWT yang lemah dan cetek ilmu pengetahuan.

TUHAN YANG SATU


ALLAH SWT tak perlukan bantuan sesiapa pun untuk melakukan semua yang ada disekeliling kita.TIADA dewa pembinasa,TIADA dewa kedamaian,TIADA dewa peperangan atau seumpamanya. Sedangkan semasa Malaikat Izrael mencabut nyawa pun, prosesnya di dalam kawalan ALLAH SWT sendiri. Kesimpulannya,Allah SWT menguasai pelbagai sudut dan ceruk alam ini. Sebetulnya TIADA istilah ‘semulajadi’ dan ‘natural’ kerana Allah SWT yang lakukan semuanya.

Di dalam SURAH YAASIN yang selalu dibaca pada malam Jumaat pada ayat 33 hingga 34;
“Dan suatu tanda(Kekuasaan Allah SWT yang besar), bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.(33) Dan kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa mata air.(34)”

Adakah kamu semua tahu siapa yang di maksudkan ‘KAMI’ di sini. ‘KAMI’ pada ayat Yaasin hanya merujuk kepada ALLAH SWT yang Maha Esa sahaja. Bukan sekumpulan malaikat dan ALLAH, atau ALLAH dan suruhan-suruhanNya. Janganlah kita jadi kafir hanya disebabkan kesalahan pemahaman ini.

Sebab di sebutkan KAMI sebagai kata nama bagi ALLAH dalam ayat Al Quran ialah budaya bahasa itu sendiri. Bahasa Ibrani dan Arab berkait rapat sekali dari segi penggunaan tatabahasanya kerana kebanyakan bahasa di Asia Barat hingga ke negara Palestin, akar bahasanya dari bahasa Aramaic iaitu bahasa ibunda Nabi Ibrahim A.S.

Dalam bahasa Ibrani dan Arab, memang terdapat perkataan ‘plural’ bagi memuji dan menunjukkan kebesaran individu, Contohnya dalam bahasa Ibrani menyebut nama Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Muhammadim’. Bahasa Ibrani adalah akar bahasa Yahudi sekarang.
Bible adalah kitab yang ditulis semula oleh Yahudi

Old Testament:Song of Solomon Chapter 5 verse 16.
Dalam bahasa Ibrani:

‘Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoode wa Zehraee Bayna Jerusalem’
Maksudnya; ‘Daripada mulutnya hanya kata-kata yang benar dan baik: ya, dialah Nabi Muhammad SAW.Dia yang patut disayangi dan sahabat yang baik, wahai wanita-wanita Jerusalem.’

Saya tak berapa faham ayat Old Testament ini,namun begitu nama Nabi Muhammad SAW memang disebut di dalam kitab orang Kristian ini. Lagipun Nabi Isa A.S atau Jesus (bagi orang Kristian) diturunkan hanya untuk orang Yahudi sahaja bukan untuk semua umat manusia. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja nabi untuk semua umat manusia.

Agama Islam atau agama yang menyembah Allah SWT sebagai Tuhan yang satu telah wujud daripada zaman Nabi Adam A.S hingga Nabi Muhammad SAW. Memang agama Islam yang dipanggil Zarasthura sebelum kedatangan Rasullullah(Nabi Muhammad SAW) dipanggil agama Selamat atau kembali selamat atau Agama untuk Keselamatan Dunia dan Akhirat sejak zaman Nabi Nuh A.S dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa dunia ini pula banyak berubah menurut lokasi dan geografi suatu bangsa sejak zaman Nabi Adam A.S.

TEORI KESESATAN MANUSIA


Manusia telah mula sesat sejak daripada anak-anak Adam lagi. Kita boleh rujuk peristiwa Habil dan Qabil di mana peristiwa pembunuhan manusia pertama berlaku di muka bumi ini. Kemudian berlaku kesesatan penyembahan berhala sejak zaman Nabi Idris A.S, Nabi Salleh A.S seterusnya hingga kini.
Berhala yang di sembah manusia
Berhala ini akhirnya di sembah  juga oleh manusia sedangkan Siddhārtha Gautama Buddha cuma mengajar konsep falsafahnya sahaja

Kesesatan berlaku atas kedaifan ilmu manusia untuk memahami dan mengenali Allah SWT. Seterusnya terpesong daripada landasan asal agama Islam sebenarnya.
Darwin yang sesat menafikan bahawa manusia daripada keturunan Adam A.S

Ada yang sesat akibat daripada hasutan syaitan dengan berasa angkuh dengan kekayaan dan kekuasaan diri. Kita pasti terbaca kisah firaun yang mengaku diri sebagai Tuhan. Raja Namrud yang mencabar kekuasaan Allah SWT sedangkan dia hanya manusia biasa sahaja.

Sesat kerana nafsu menjadikan bangsa Yahudi dibenci dan dihina. Bangsa ini diceritakan di dalam Al Quran sebagai bangsa yang melampau dan berakhlak buruk. Namun begitu kebolehan genetik Yahudi juga dikatakan antara terbijak dan paling licik di dunia. Saya tak pasti adakah fakta ini benar atau tidak? Bagi saya, jika mereka bijak seharusnya mereka beriman dengan Allah SWT.

Ada yang sesat kerana merasakan ilmu diri cukup tinggi sehingga menafikan apa yang ada pada orang lain. Keadaan ini banyak terjadi pada zaman sekarang ini. Kita boleh lihat sendiri dikalangan orang Malaysia sendiri.

Saya doakan orang disekeliling saya bangsa saya dan orang senegara dengan saya kembali ke jalan Allah SWT.

Rujukan:
10 Soalan yang ditanya oleh Kristian - Dr. Zakir Naik
10 Soalan yang ditanya oleh Hindu - Dr. Zakir Naik
VCD Debat Ahmad Deedat VS Sorrosh

Terima Kasih.

Haslam
ps: Jangan ambil mudah hukum Allah SWT


http://ikhwaniah.org
http://www.netsellonline.com

No comments:

Post a Comment